Esok (Hari selasa 28/3/2017 ) lepas Maghrib Adalah malam Pertama bulan Rejab,
Di anjurkan Utk Kita Memperbanyakkan Doa dan Hidupkan Malamnya dgn Ibadah, Tahajjud seperti biasa dilakukan oleh Para Salafussoleh.
قَالَ امام الشَّافِعِيُّ: وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ. (من كتاب الأم)
Imam Syafie Berkata ; Di sebutkan Bahawasanya : " Sesungguhnya Doa Mustajab Pada 5 Malam, Iaitu Malam Jumaat, Malam Hari Raya Aidil Adha, Malam Hari Raya Aidilfitri, MALAM PERTAMA BULAN REJAB, Malam Pertengahan Bulan Sya'ban. (Di kitabnya Al-Um)
Sempena Menyambut Bulan Rejab Yg mulia, Pesanan Guru Mulia Alhabib Omar Ben Hafidz bagi Pecinta Rasulullah saw utk memperbanyakkan amalan yg soleh di bulan2 yg mulia dan agung ini iaitu bulan Rejab (iaitu bagian dari Bulan2 Haram)**, menjaga diri dari Dosa dan Kemaksiatan, perbanyakkan berIstighfar, berpuasa, serta bersolawat.
Begitu juga kita Boleh secara khusus memperbanyakkan Sighah solawat seperti di Gambar ini seperti pesanan Guru Mulia kita utk di amalkan sepanjang Bulan Rejab Yg Mulia..
Beristighfar amat di anjurkan utk di perbanyakkan pada bulan ini, Begitu Juga Amalan yg selalu di amalkan oleh Para Salafussoleh pada setiap malam Di sepanjang bulan Rejab, selepas Solat Isha sebanyak 70x, adalah;
رَبِّ اغْفِرْ لِي، وارحمني، وَتُبْ عَلَيَّ
"Ya Allah Ampunilah aku, Rahmatilah aku, Kurniakan aku Taubat."
Ambillah kesempatan bulan Rejab yg Mulia ini utk memperbaiki diri kita agar kita dpt menyambut x lama lagi inshaAllah Tetamu Mulia & agung Kita iaitu Bulan Ramadhan Almubarak, dgn Penuh Taubat dan Khusyuk serta cinta kpd-Nya Dan RasulNya.
Selamat Menyambut Bulan Rejab Yg mulia.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان. آمين
Ya Allah Berkatilah Bulan Rejab dan Bulan Sya'ban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan. Amin
**Bulan Haram ada 4 iaitu: Bulan Zulkaedah, Bulan Zulhijah, Bulan Muharram dan Bulan Rejab.
Perlunya kita sebagai Mumkin utk mengagungkan bulan Ini seperti yg di beritahu Oleh Alquran dan Hadith, kelebihannya yg agung.
Semoga Bermanfaat,
Khadimukum Alfaqeer Nael Ben Taher.
No comments:
Post a Comment