Semasa saya belajar di USA dulu ada pelajar Arab ini yang bernama
Hussien (bukan nama sebenar) yang agak pelik sikap dan kelakuannya. Bak
scholarship jangan cakaplah cukup mewah sehingga membolehkan mereka membeli
kereta baru harga puluhan ribu. Bila bercakap tak nak kalah. Katanya bila dia
kahwin nanti bakal metuanya akan memberinya 1 Juta rial sebagai hadiah kerana
katanya bukan senang mendapat menantu seperti dia.Tapi bak belajar pulak pelajar
Arab sangat kebelakang berbanding dengan pelajar Malaysia. Mereka suka kepada
benda yang berbentuk kaca dan gelas. Saya bertanyakan mengapa. Mereka pun tak
tahu. Saya rasa saya ada jawapannya. Tapi nak cerita panjang sangat. Hussein
ini sangat tertarik dengan gelas kaca saya miliki. Sehingga hari ini dia tidak
memulangkan gelas kaca milik saya tu. Apa nak buat halalkan saja. Ada juga
pelajar Arab termasuk Hussien yang terpengaruh dengan mengunjungi college Pub (university
pub) dan tahu tahulah apa yang terdapat di pub tersebut. Satu hari di dining
hall (tempat makan Universiti) saya terperanjat kerana Hussien meratah bacon goreng. Hussein,
what are you doing? That is bacon. Haram. Saya berteriak. Apa di jawabnya
`dharurat'.Tapi saya perhatikan pelajar-pelajar
Arab nie sangat bergantung kepada pelajar Malaysia supaya dapat menolong
mereka dengan assignment kerana tahap bahasa Inggeri mereka tak tinggi. Justeru
mereka kuat bersedekah dalam bentuk daging korban, mengadakan majlis makan
malam di apartment mereka dan menjemput pelajar pelajar Melayu, di samping
menghulur wang dolar Amerika sebagai bantuan kepada pelajar yang memerlukan khusus kepda pelajar Melayu yang mana isteri pelajar tersebut baru melahirkan anak. Nampak pemberi dan pemurah kan? Takan
takde apa apa di sebalik bantuan tu kan? Wallahualam. Sekadar berkongsi
pengalaman dan pandangan dan tidak bertujuan saya memburukkan orang Arab. Hanya
secebis kisah yang mungkin tidak mencerminkan pelajar dan orang Arab
keseluruhannya. Hanya untuk renungan di kala senja.
No comments:
Post a Comment