Sunday, March 26, 2017

hussein



Semasa saya belajar di USA dulu ada pelajar Arab ini yang bernama Hussien (bukan nama sebenar) yang agak pelik sikap dan kelakuannya. Bak scholarship jangan cakaplah cukup mewah sehingga membolehkan mereka membeli kereta baru harga puluhan ribu. Bila bercakap tak nak kalah. Katanya bila dia kahwin nanti bakal metuanya akan memberinya 1 Juta rial sebagai hadiah kerana katanya bukan senang mendapat menantu seperti dia.Tapi bak belajar pulak pelajar Arab sangat kebelakang berbanding dengan pelajar Malaysia. Mereka suka kepada benda yang berbentuk kaca dan gelas. Saya bertanyakan mengapa. Mereka pun tak tahu. Saya rasa saya ada jawapannya. Tapi nak cerita panjang sangat. Hussein ini sangat tertarik dengan gelas kaca saya miliki. Sehingga hari ini dia tidak memulangkan gelas kaca milik saya tu. Apa nak buat halalkan saja. Ada juga pelajar Arab termasuk Hussien yang terpengaruh dengan mengunjungi college Pub (university pub) dan tahu tahulah apa yang terdapat di pub tersebut. Satu hari di dining hall (tempat makan Universiti) saya terperanjat kerana Hussien meratah bacon goreng. Hussein, what are you doing? That is bacon. Haram. Saya berteriak. Apa di jawabnya `dharurat'.Tapi saya perhatikan pelajar-pelajar  Arab nie sangat bergantung kepada pelajar Malaysia supaya dapat menolong mereka dengan assignment kerana tahap bahasa Inggeri mereka tak tinggi. Justeru mereka kuat bersedekah dalam bentuk daging korban, mengadakan majlis makan malam di apartment mereka dan menjemput pelajar pelajar Melayu, di samping menghulur wang dolar Amerika sebagai bantuan kepada pelajar yang memerlukan khusus kepda pelajar Melayu yang mana isteri pelajar tersebut baru melahirkan anak. Nampak pemberi dan pemurah kan? Takan takde apa apa di sebalik bantuan tu kan? Wallahualam. Sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan dan tidak bertujuan saya memburukkan orang Arab. Hanya secebis kisah yang mungkin tidak mencerminkan pelajar dan orang Arab keseluruhannya. Hanya untuk renungan di kala senja.

No comments:

Post a Comment